Pelantikan Frost Tepat Dengan Rancangan KBS - Shapawi

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 12:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan Morten Frost Hansen sebagai Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertepatan dengan rancangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meningkatkan prestasi sukan itu.
   

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Frost akan memperhalusi Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang (blueprint) yang disediakan dan seterusnya memberikan pandangannya untuk pembangunan sukan badminton. 

"Beliau telah berjumpa dengan saya tadi, saya telah mengambil kesempatan untuk membentangkan (pelan) transformasi sukan yang akan berlaku kerana bersesuaian dengan peranan beliau sebagai pengarah teknikal. 

"Apa yang dilakukan untuk sukan badminton ini akan diselaraskan oleh beliau...kita akan selarikan approach beliau dengan approach yang akan dilakukan di peringkat kebangsaan," katanya. 

Ahmad Shapawi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pelan pembangunan sukan 2015-2022/2023 fasa 2 di Pusat Kecemerlangan Sukan Kampung Pandan pada Isnin.

Frost, johan All-England sebanyak empat kali itu, dan dikenali sebagai 'Mr Badminton' yang telah memulakan tugasnya pada 23 Feb lalu, mengikat kontrak bersama MSN sehingga 31 Dis 2020. 

Fasa kedua bengkel itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Isnin melibatkan sembilan sukan - akuatik (renang irama), gimnastik artistik, hoki (lelaki), karate, boling padang, taekwondo, tenpin bowling, tinju dan wushu.  

Lima teras strategik utama yang dibincangkan adalah penyertaan dan latihan, kejurulatihan dan pembangunan program latihan, pertandingan, pencarian dan pengkhususan bakat serta pembangunan organisasi. 

Shapawi juga yakin bahawa Frost, bekas Pengarah Kejurulatihan BAM dari tahun 1997-2000, dapat merapatkan hubungan di antara jurulatih dan badan induk badminton itu yang tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini. 

"Semua pihak sedar dengan permasalahan yang kita hadapi dan sudah tentu kehadiran Frost dah mengurangkan perselisihan di antara jurulatih dengan jurulatih, antara jurulatih dengan saintis sukan dan juga antara jurulatih dengan pentadbiran. 

Tags / Kata Kunci: Marten Frost , MSN

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan