Tenis: Wozniacki Rangkul Juara Terbuka Malaysia BMW 2015

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 1:11 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor lima dunia, Caroline Wozniacki bangkit untuk meraih gelaran Persatuan Tenis Wanita (WTA) ke-23 pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Ahad.


Pemain Denmark itu, selaku pilihan utama kejohanan itu, menundukkan pemainRomania, Alexandra Dulgheru dengan catatan 4-6, 6-2 dan 6-1 dalam pertarungan yang mengambil masa sejam 50 minit.

"Beliau cuba bermain agresif untuk menguasai permainan lebih awal. Anda tentu tahu beliau menghadapi cabaran sukar semalam, jadi saya meneruskan rentak saya dan memberi tekanan pada set kedua dan ketiga...nyata ia berhasil. 

"Saya teruja untuk (beraksi di) Indian Wells, satu daripada kejohanan yang menjadi pilihan saya musim ini. Mudah-mudahan saya boleh beraksi cemerlang di sana," kata pemain berusia 24 tahun itu, yang merangkul gelaran perseorangan pertamanya tahun ini.

Wozniacki, yang kali terakhir meraih gelaran WTA pada Julai tahun lepas di Istanbul, Turki, juga menyingkirkan Dulgheru yang berada di ranking ke-94 pada pusingan kedua Terbuka Total Qatar 2015 di Doha.

Kemenangan itu memboleh Wozniacki membawa pulang hadiah AS$43,000(RM158,485.00).    

Sementara itu, pasangan China, Chen Liang dan Yafan Wang merangkul gelaran beregu selepas menundukkan pasangan Ukraine, Yuliysa Beygelzimer dan Olga Savchuk 4-6, 6-3 dan 10-4 dalam masa sejam 25 minit.   

"Pada awal permainan, kami sedikit gementar tetapi apabila perlawanan diteruskan...kami berasa lebih baik. Dalam set kedua, kami bemain mengikut cara kami dan menang," kata Liang kepada pemberita selepas perlawanan.   

Pasangan itu yang mengetepikan Chang Kai-Chen dari Taiwan dan Saisai Zheng dari China 7-6(2), 6-1 pada separuh akhir pada Jumaat berkata mereka berasa bangga muncul juara buat kali pertama sejak berpasangan awal tahun ini.

"Saya berasa sungguh gembira dengan kejayaan meraih gelaran WTA untuk beregu. Saya tidak meletakkan harapan tinggi pada kejohanan ini. Saya hanya mahu turun ke gelanggang untuk bertanding dan mencuba nasib.  

"Ini adalah penampilan kedua kami secara bersama...Liang bermainlebih rapat di jaring dan saya boleh bermain dengan lebih baik di baseline, jadi ia satu kombinasi yang baik. Kami tidak sabar-sabar untuk bertarung lagi pada kejohanan berikutnya," kata Wang.   

Pasangan itu membawa pulang hadiah AS$12,300 (RM45,334) pada kejohanan itu,yang menawarkan hadiah berjumlah AS$250,000 (RM911,750).

Kejohanan ini diiktiraf oleh WTA dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Tags / Kata Kunci: Wozniacki , Terbuka Malaysia 2015 , BMW

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan