Tenis BMW: Wozniacki Temu Bekas Juara Hsieh Su-Wei Aksi Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 8:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan utama, Caroline Wozniacki berada di landasan terbaik untuk merangkul Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015 selepas dengan mudah melangkah ke saingan separuh akhir.

Pemain ranking kelima dunia dari Denmark itu menepati ramalan apabila menyingkirkan pemain muda Jerman, Carina Witthoeft, 6-3 dan 6-1 pada perlawanan suku akhir di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) Jumaat malam.

Pada pertemuan separuh akhir, Wozniacki akan berdepan dengan bekas juara2012, Hsieh Su-Wei dari Taiwan.

Hsieh pula menyekat kemaraan pemain Rusia, Elizaveta Kulichkova 7-6(4), 4-6 dan 6-0 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Dalam pada itu, bintang meningkat naik, Alexandra Dulgheru dari Romania meneruskan aksi cemerlang apabila mengejutkan pemain pilihan kelapan kejohanan,Julia Goerges dari Jerman 7-6(5) dan 7-5 dalam pertarungan suku akhir selama dua jam 17 minit.

Dulgheru akan bertemu pilihan keempat, Jarmila Gajdosova pada aksi separuh akhir selepas pemain Australia itu menundukkan pemain Jepun, Karumi Nara 6-4,3-6 dan 6-4.

Dalam acara beregu, pasangan China, Liang Chen dan Yafan Wang menundukkan pemain Taiwan Chang kai-Chen dan pasangannya, Zheng Saisai dari China dengan straight set 7-6(2) dan 6-1 pada aksi separuh akhir.

"Set pertama tidak memihak kepada Liang dan saya kerana Zheng dan Chan dapat menandingi kami dalam hampir setiap aspek tetapi kami bernasib baik untuk menang set pertama.

"Dalam set kedua, kami berjaya bermain mengikut rentak kami dan menguasai permainan untuk memenangi perlawanan dan menempah tempat di final,"kata Wang. --

Dalam aksi final, Ahad ini, Liang dan Wang akan menentang pemenang perlawanan separuh akhir antara gandingan pemain Croatia, Darija Jurak dan Klara Koukalova dari Republik Czech dan beregu Ukraine, Yuliya Beygelzimer dan Olga Savchuk. 

"Kami akan menjalani latihan khas sebagai persiapan bagi final dan kami akanmemberi tumpuan untuk membina kekuatan dan memanfaatkan kelemahan lawan," kataLiang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan