Terbuka Malaysia BMW: Hsieh Su-Wei Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 6:49 PM

Aksi Su-Wei menewaskan pemain Jepun pada aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia BMW, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara tenis Terbuka Malaysia BMW 2012, Hsieh Su-Wei menempah tiket ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pemain di ranking ke-132 dunia, Misa Eguchi pada saingan kedua di Kelab Golf  Diraja Selangor (RSGC) pada Khamis.

Dengan beraksi dalam cuaca mendung, kedua-dua pemain mempamerkan aksi garang cuba mencari mata.

Su-Wei yang sebelum ini tewas kepada pemain dari Jepun itu (6-4 6-3) di Korea Selatan tahun lalu cuba mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan sehingga berjaya mencatat kemenangan ada set pertama dengan keputusan 6-3.

Namun, Eguchi bangkit pada set kedua untuk membawa permainan ke rubber-set dengan mencatat kemenangan 6-3.

Bagaimanapun Su-Wei menunjukkan permainan konsisten pada set terakhir dengan membuat pukulan laju mematahkan servis Eguchi sebelum menang 6-0.

Dengan kemenangan ini, menyaksikan Su-Wei semakin berada di landasan untuk kembali meraih trofi juara bagi edisi keenam kejohanan ini.

Menunggu Su-Wei pada saingan suku akhir ialah pemain Rusia yang berada di ranking ke-171, Elizaveta Kulichkova.

“Saya bermain baik pada set pertama, namun hilang fokus pada set kedua dan sedikit gementar seterusnya membuat pukulan keluar daripada gelanggang. 

“Pun begitu, pada set ketiga saya kembali mendapatkan rentak dan terus membuat serangan kepadanya.

"Walaupun hampir dua jam untuk menewaskan dia, saya gembira mara ke suku akhir.

“Saya belum pernah bertemu Kulichkova, tetapi bersedia untuk bertemunya. Saya akan cuba bermain di tahap yang terbaik,” jelasnya selepas perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan