Tenis BMW: Jawairiah Akur Tewas Acara Beregu

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 11:20 PM

Aksi Jawairiah (merah jambu) berpasangan dengan Theiviya ketika perlawanan aksi pusingan pertama beregu, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu negara terkandas pada pusingan pertama Tenis Terbuka Malaysia BMW, namun  Jawairiah Noordin  dan S. Theiviya mengakui ia sebagai permulaan untuk memperbaiki corak permainan di masa akan datang.

Jawairiah yang juga beraksi dalam saingan utama perseorangan sebelum ini berkata, gandingan dengan Theiviya adalah sesuatu yang positif.

“Pertama kali kami digandingkan dan ia memberi pengalaman baharu kepada saya. 

“Malah saya berharap selepas ini kami boleh berlatih bersama-sama bagi memantapkan lagi aksi permainan dalam cara beregu seterusnya cuba membaiki kedudukan ranking dalam acara beregu,” jelasnya selepas perlawanan.

Jawairiah/Theiviya tewas kepada pasangan dari China dan Jepun Xinyun Han-Junri Namigata 6-2 6-0 pada aksi pusingan pertama kejohanan edisi keenam tahun ini.

Pada Isnin, Jawairiah, yang layak ke undian utama atas tiket wildcard, dengan mudah dikalahkan oleh oleh pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva dengan keputusan 6-2 dan 6-1 dalam pertarungan selama sejam 17 minit dalam acara perseorangan.

Sementara itu, satu lagi aksi pasangan beregu menyaksikan Yi-Fan Xu (CHN)/Kai-Lin Zhang (CHN) menewaskan Kai-Chen Chang (TPE)/Saisai Zheng (CHN) 6-1 6-4.

Dalam pada itu,pilihan utama Caroline Wozniacki melangkahke pusingan kedua selepas menumpaskan pemain China, Wang Yafan.

Pemain Denmark itu mudah menjinakkan Wang 6-3 dan 6-1 pada perlawananpusingan pertama perseorangan wanita di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC).

Wozniacki selaku pemain nombor lima dunia akan berdepan seorang lagi pemainChina, Zhu Lin yang menumpaskan pemain Ukraine, Yuliya Beygelzimer 6-4, 4-6 dan 6-3 pada perlawanan pusingan pertama.

"Saya belum pernah menentang Zhu Lin. Saya hanya berharap dapat melakukanyang terbaik untuk menang perlawanan seterusnya pada pusingan kedua. Cuaca di sini agak panas dan lembap. 

"Saya perlu minum banyak air untuk memastikan saya mempunyai tenaga untukmengalahkan lawan saya. Ini kemenangan pertama saya di Malaysia kerana sebelum ini, saya tewas dalam pusingan pertama," kata Wozniacki selepas perlawanan.

Tags / Kata Kunci: terbuka malaysia BMW , Jawairiah , BMW

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan