Roger Federer Pertahan Juara ATP Dubai

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 10:36 AM

Roger Federer

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan, Roger Federer memenangi Kejohanan Tenis Terbuka Dubai untuk kali ketujuh dan yang kedua pada tahun ini selepas mengalahkan Novak Djokovic 6-3, 7-5.

Ini menandakan tahun ketujuh berturut-turut iaitu kali ke-11 dalam 13 tahun sama ada Federer atau Djokovic memenangi gelaran ini.

Kejohanan lain yang dimenangi Federer sebanyak tujuh kali adalah Wimbledon, dan Halle.

"Sejak saya menang di sini buat kali pertama, saya jatuh cinta dengan kejohanan itu.

"Yang ketujuh adalah agak sukar dipercayai. Bunyinya cukup gila untuk saya," kata Federer.

Federer, yang mempunyai 84 kejuaraan sebelum ini menang di Brisbane, Australia, pada Januari.

"Beliau berhak. Memang saya menjangkakannya," demikian menurut Djokovic.

Tags / Kata Kunci: Roger Federer , Novak Djokovic , ATP Dubai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan