Pemain Asia Kuasai Pusingan Kelayakan Terbuka Malaysia 2015

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 11:35 PM

Pemain negara Rusia, Daria Gavrilova beraksi menentang rakan senegaranya, Elizaveta Kulichkova pada perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW di sini,Kuala Lumpur. Kejohanan berlangsung dari 28 Februari hingga 8 Mac. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Asia menguasai hari kedua sesi kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor di sini, Ahad.

Beraksi dalam keadaan cuaca panas, pemain China, Wang Yafan terpaksa bekerja keras pada set pertama sebelum mengalahkan pemain tinggi lampai, Nigina Abduraimova dari Uzbekistan dengan 6-4, 6-2.

"Bukan mudah menentang Abduraimova yang memiliki pukulan servis yang amat baik sekali. Bagaimanapun, selepas mendapati tenaganya mula menurun, saya mula mengambil kesempatan meningkatkan tekanan," kata Wang.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan, seorang lagi pemain China, Xu Yi-Fan mengambil masa lebih sejam untuk mengalahkan pemain Britain, Naomi Broady dengan 7-5 dan 6-2.

Pada pusingan seterusnya, Yi-Fan akan berdepan dengan rakan senegara, Duan Ying-Ying.

Pemain Jepun, Junri Namigata mengambil masa hampir 90 minit untuk mengalahkan pemain Ukraine, Lyudmyla Kichenok 7-6 dan 6-0, untuk bertemu pemain Thailand, Lusika Kum Khum.

Berikut Keputusan Hari Kedua Pusingan Kelayakan:
------------------------------------------------
Elizaveta Kulichkova (RUS) mn Daria Gavrilova (RUS) 1-6, 6-3, 6-4;

Yanfan Wang (CHN) mn Nigina Abduraimova (UZB) 6-4, 6-2;

Yi-Fan Xu (CHN) mn Naomi Broady (GBR) 7-5, 6-2;

Magda Linette (POL) mn Fangzhou Liu (CHN) 6-2, 6-1;

Junri Namigata (JPN) mn Lyudmyla Kichenok (UKR) 7-6 (5), 6-0;

Yuliya Beygelzimer (UKR) mn Kai-Lin Zhang (CHN) 6-4, 7-6 (2)

Tags / Kata Kunci: Tenis BMW Malaysia 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan