Tenis BMW: Jawairiah Teruja Aksi Undian Utama

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain tenis  wanita negara, Jawairiah Noordin bakal menjadi tumpuan peminat-peminat tenis tempatan apabila berada dalam undian utama aksi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 bermula 2 hingga 8 Mac ini di Kelab Golf  Diraja Selangor.

Jawairiah  menerima  wildcard untuk terus beraksi dalam undian utama setelah menjuarai Kejohanan BMW Masters yang merupakan acara kemuncak sirkit kebangsaan tahun lalu.

Gadis berusia 24 tahun ini mula membuat penampilan sulung pada edisi 2010, ketika itu bergandingan dengan pemain Vietnam Huỳnh Phương Đài Trang bagi acara beregu, juga menerusi tiket wildcard.

Mula memegang raket ketika usia 8 tahun, Jawairiah telah mewakili Malaysia di Piala Fed Asia dan memiliki rekod 2-4. Dia juga berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dari Sukan SEA 2007 dan 2009 melalui acara berpasukan wanita.

Malah tahun 2009 merupakan tahun paling gemilang Jawairiah apabila mencapai kedudukan ranking terbaiknya dalam karier dengan di kedudukan 931 dunia.

Menurut anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini, persiapan menghadapi kejohanan ini telah dibuat sejak setahun yang lalu.

“Satu peluang yang sangat bermakna kerana terus beraksi dalam undian utama WTA. Perasaan teruja dan dalam masa yang sama berasa sedikit  gugup kerana bakal berdepan dengan bintang-bintang terkenal dunia. Tetapi tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan saya akan cuba yang terbaik.

“Walaupun idola saya, Serena Williams tidak beraksi di sini, sekurang-kurang dapat melihat lebih dekat aksi Caroline Wozniacki  (bekas pemain no.1 dunia)  dari Denmark,” jelasnya kepada mStar Online selepas sesi latihan pada Jumaat.

Sementara itu, Jawairiah yang menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan ‘backhand”  berhasrat untuk beraksi dalam kejohanan sirkit bagi mendapatkan kedudukan dalam ranking dunia.

“Harapan itu semua akan berlaku jika ada penaja. Pun begitu, sebagai pemain saya akan terus mempamerkan aksi terbaik dari masa ke semasa.

“Selepas kejohanan ini, saya akan tumpukan perhatian dalam persiapan ke Sukan Sea pada Jun depan,” katanya.

Dalam pada itu, bakat bermain tenis ini bukan hanya ada pada Jawairiah sahaja, tetapi kakak dan dua abangnya juga aktif dalam sukan ini.

“Kakak saya sudah berhenti bermain, abang sulung mewakili pasukan Penjara Malaysia, manakala seorang lagi abang saya turut mewakili negara dalam aksi Piala Davis. Jadi boleh dikatakan kami adalah keluarga tenis. 

“Sukan tenis sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan akan terus berkecimbung dalam bidang ini sebagai jurulatih selepas bersara kelak,” jelasnya yang turut menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran suatu hari nanti.

Selain itu, turut mengiringi Jawairiah beraksi pada edisi 2015 kejohanan berprestij ini ialah Theiviya Selvarajoo yang turut menerima wildcard dengan memulakan kempennya di pusingan kelayakan.

Tags / Kata Kunci: Jawairiah Noordin , Tenis Malaysia , BMW

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan