Nicol Lepasi Halangan Pertama Di Terbuka Windy City

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 5:39 PM

Nicol akan bertemu Heba (belakang) pada pusingan seterusnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis.

Pemain nombor satu dunia itu, yang membuat penampilan sulung pada kejohanan tersebut, hanya mengambil masa 30 minit menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Olivia Blatchford 11-3, 11-6 dan 12-10.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu akan berdepan pemain dari Mesir, Heba El Torky pada pusingan kedua.

Heba menumpaskan pemain India, Dipika Pallikal 11-9, 11-9, 5-11 dan 11-6 pada perlawanan yang berlangsung selama 43 minit.

Sementara itu, dua lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern dan Delia Arnold akan beraksi pada perlawanan masing-masing lewat Jumaat.

Pemain nombor lapan dunia, Wee Wern, akan bertemu Habiba Mohamed dari Mesir pada 2 petang (4 pagi, Sabtu waktu Malaysia), manakala Delia akan menentang juara bertahan, Laura Massaro dari England pada 5 petang waktu tempatan (7 pagi, Sabtu waktu Malaysia).


Tags / Kata Kunci: Nicol David , Windy City , Heba El Torky

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan