Jurulatih Warga Malaysia Terajui Pembangunan Badminton Kemboja

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 11:26 PM

Kogilavaanan memberi tunjuk ajar kepada anak didiknya sambil diperhatikan oleh anak-anak buah yang lain.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada siapa menyangka bahawa selama ini orang yang menerajui pembangunan sukan badminton di Kemboja supaya berdiri sebaris dengan kuasa badminton dunia ialah seorang rakyat Malaysia. N. Kogilavaanan, 23, bekas pemain Selangor, telah menjadi ketua jurulatih skuad Kemboja sejak dua tahun lepas.

Kogilavaanan ditugaskan oleh Konfederasi Badminton Asia (BAC) dan sasaran selanjutnya ialah memimpin skuad kebangsaan Kemboja merangkul pingat atau sekurang-kurangnya beraksi di separuh akhir Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun ini.

"Jika dibandingkan dengan Malaysia, Kemboja masih ketinggalan dalam sukan badminton. Saya dihantar ke sana oleh BAC sebagai sebahagian daripada usaha untuk memajukan sukan badminton di negara itu.

"Saya berjaya membawa anak buah saya ke suku akhir buat kali pertama pada Sukan SEA 2013 di Myanmar. Misi selanjutnya bagi tahun ini ialah untuk melihat mereka melangkah ke separuh akhir," kata Kogilavaanan kepada Bernama sekembalinya ke Malaysia kerana bercuti.

Kogilavaanan memulakan kerjayanya sebagai jurulatih dengan Deva Badminton Academy di Petaling Jaya ketika berusia 18 tahun sebelum menyertai New Vision Badminton Academy, juga di Petaling Jaya. 

Beliau kemudian mendapat peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada program pembangunan BAC pada 2013 untuk membawa sukan badminton negara ke tahap lebih tinggi.

Selain mengamalkan budaya baharu, masalah bahasa dan makanan ialah dua cabaran utama yang dihadapinya ketika tinggal di negara tersebut.

"Untuk memudahkan kerja-kerja saya dan untuk kelangsungan jangka panjang, saya mempelajari bahasa tempatan (Khmer). Mengenai makanan, saya perlu menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan," katanya.

Mengulas  mengenai sukan, beliau berkata negara itu sedang membangunkan infrastruktur untuk kemajuan dan pembangunan sukan.  |

"Negara itu masih kekurangan infrastruktur dan peralatan yang mencukupi bagi latihan," katanya.

Matlamat jangka panjang beliau ialah untuk menubuhkan akademi badminton sendiri di Malaysia bagi memajukan lagi sukan itu mencungkil lebih banyak pemain yang berbakat di peringkat akar umbi.

Tags / Kata Kunci: N. Kogilavaanan , badminton

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan