Terbuka Windy City: Delia Mara Ke Undian Utama, Nafiizwan Tersingkir

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 9:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain wanita nombor tiga negara, Delia Arnold mara ke undian utama Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat, Rabu.

Menurut laman web wwww.squashsite.co.uk., Delia bangkit daripada ketinggalan dua set pertama terhadap pemain Wales, Deon Saffery pada perlawanan akhir pusingan kelayakan.

Bagaimanapun, pemain Selangor berusia 29 tahun itu terpaksa bekerja keras dalam pertarungan selama sejam 15 minit untuk mengalahkan lawannya itu dengan keputusan 8-11, 10-12, 11-8, 11-7 dan 11-8.

Delia, selaku pemain nombor 28 dunia, akan memulakan kempen dalam undian utama dengan menentang juara bertahan Laura Massaro dari England pada pukul 5 petang waktu tempatan Jumaat (7 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Turut beraksi pada hari sama ialah pemain nombor dua negara, Low Wee Wern, yang akan berdepan dengan pemain Mesir, Habiba Mohamed manakala Datuk Nicol David akan melakukan penampilan sulung pada kejohanan itu dengan menentang pemain wildcard tuan rumah, Olivia Blatchford.

Nicol, 31, selaku pemain nombor satu dunia, besar kemungkinan akan menentang pemain pilihan ke-12, Dipika Pallikal dari India pada pusingan kedua.

Dalam kategori lelaki, pemain negara Mohd Nafiizwan Adnan terkandas diperingkat akhir pusingan kelayakan selepas tewas kepada pemain Mexico, Cesar Salazar 9-11, 11-7, 9-11, 7-11 dalam pertarungan selama 69 minit.

Salazar melangkah ke undian utama dan bakal berdepan dengan pemain England, James Wilstrop.

Nafiizwan, 28, memulakan kempen dengan mengatasi pemain nombor 51 dunia, Eddie Charlton dari England, dengan keputusan 11-6, 11-7, 11-1 pada pusingan pertama sesi kelayakan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan