Murray, Djokovic Lepasi Pusingan Pertama ATP Dubai - Raket | mStar

Murray, Djokovic Lepasi Pusingan Pertama ATP Dubai

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 7:39 AM

Murray mara ke pusingan kedua ATP Dubai.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menewaskan Gilles Muller 6-4 7-5 pada pusingan pertama kejohanan tenis ATP Dubai, awal pagi Rabu.

Murray mengambil masa selama sejam dan 45 minit untuk menyingkirkan Muller. 

Pemain Britain itu akan menentang Joao Sousa pada pusingan kedua.

"Saya rasakan pukulan servis saya pada dua set terakhir tidak begitu baik. Tapi saya tidak memberi sebarang peluang kepada Muller. Saya rasakan tidak begitu bernasib baik pada akhir set kedua," katanya.

Sementara itu,Novak Djokovic turut mengikut jejak langkah Murray selepas menundukkan Vasek Pospisil 6-4 6-4 dalam tempoh 78 minit.

"Saya masih mencari rentak di gelanggang. Namun saya berjaya menangani segala tekanan. Saya sentiasa bersabar dalam melakukan pukulan rali.

"Sebaik sahaja saya melepasinya, saya ada peluang cerah untuk menang. Pospisil bermain begitu pantas dan agresif," katanya.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Novak Djokovic , ATP Dubai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan