Tenis: Terbuka Malaysia BMW Beri Manfaat Kepada Pemain Negara

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 3:43 PM

Jawairiah Noordin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terbuka Malaysia BMW Jelajah WTA pastinya bakal menjadi tumpuan peminat-peminat tenis tanah air dengan kehadiran beberapa jaguh tenis wanita dunia.

Secara tidak langsung kejohanan ini telah memberi kesan positif terhadap pembangunan tenis di negara sekaligus mendedahkan pemain-pemain negara berentap dengan bintang terkenal dunia.

Bagi memastikan pemain-pemain negara bersiap sedia menghadapi kejohanan ini, Penganjur Carbon Worldwide dan penaja utama BMW, dalam kerjasama mereka untuk meneruskan kesinambungan penganjuran pertandingan ini, juga telah berganding bahu untuk  memantapkan lagi sirkit kebangsaan dan penubuhan Akademi Tenis Kebangsaan pada April tahun lalu.

"Sirkit kebangsaan kini telah berkembang ke seluruh pelusuk tanah air, membabitkan setiap negeri. 

"Sekalipun sirkit berkenaan masih lagi dilangsungkan secara berpusat (di ibu negara), namun pusingan-pusingan kelayakannya adalah diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kejohanan BMW Masters kemudiannya akan menjadi acara kemuncak selepas tamatnya kesemua sirkit dalam kalendar tahunan,” jelas Ketua Komunikasi Korporat BMW Malaysia Sashi Ambi.

Hadiah terunggul (bagi kategori wanita) dalam sirkit kebangsaan adalah satu slot untuk beraksi ada BMW Terbuka Malaysia.

Malaysia bakal diwakili oleh pemain berusia 24 tahun, Jawairiah Noordin dalam pusingan utama perseorangan. 

Jawairiah yang merupakan pemenang Kejohanan BMW Masters itu telah membuat penampilan sulungnya pada 2010. 

Dia juga akan berpeluang bermain dalam pusingan utama acara beregu bersama pasangan yang akan diketahui nanti. 

Seorang lagi pemain negara S.Theiviya akan beraksi dalam pusingan kelayakan menerusi tiket wildcard. 

Edisi keenam BMW Terbuka Malaysia tahun ini turut menyaksikan penambahan perwakilan Malaysia berbanding tahun-tahun sebelum. 

Bagi memberi peluang kepada semua lapisan menyaksikan kejohanan ini, penonton-penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan secara percuma pada hari pusingan kelayakan 28 Februari sehingga 4 Mac 2015. 

Manakala hari berikutnya memerlukan tiket yang dijual pada harga antara RM33-RM73 dari 6 hingga 8 Mac 2015. 

Manakala pengangkutan perkhidmatan ulang-alik awam akan disediakan secara percuma di beberapa titik mengambil dan menurunkan penumpang yang ditetapkan, bermula pada Khamis, 5 hingga 8 Mac 2015.

Penonton-penonton boleh meletak kenderaan masing-masing di parkir pelbagai-tingkat KLCC bagi titik mengambil Jalan Binjai (bertentangan Platinum Park). 

Perkhidmatan ulang-alik beroperasi setiap setengah jam dari 12.30 tengah hari pada Khamis dan Jumaat, dari pukul 1.30 petang pada Sabtu dan dari 2.30 petang pada hari terakhir. 

Para pengunjung juga mempunyai pilihan untuk meletak kenderaan di parkir terbuka di belakang Menara See Hoy Chan pada Sabtu dan Ahad bagi menggunakan perkhidmatan ulang-alik yang beroperasi setiap setengah jam, bermula pada  1.30 petang pada Sabtu dan 2.30 petang pada Ahad. 

Perkhidmatan ulang-alik pulang ke titik mengambil akan ditamatkan sejam selepas perlawanan terakhir pada hari tersebut. 

Kadar meletak kereta adalah tertakluk kepada tarif yang dikenakan oleh pemilik premis.

Terbuka BMW Malaysia 2015, yang diiktiraf oleh WTA dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$250,000 (RM$911,750). 

Sebagai rekod, bintang muda Croatia, Donna Vekic memenangi gelaran sulung WTA apabila mengejutkan Dominika Cibulkova dari Slovakia untuk menjuarai kejohanan ini.





Tags / Kata Kunci: Tenis Terbuka Malaysia , WTA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan