Kes Doping: Chong Wei Puas Hati Penyediaan Bahan Bukti Proses Pendengaran

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran kes doping terhadapnya telah siap dan beliau berpuas hati dengan perkembangan itu.

Beliau juga berharap hasil kerja keras semua pihak yang berusaha menyediakan maklumat terbaik itu akan menjurus kepada keputusan yang memihak kepadanya.

"Saya belum tahu tarikh bagi proses pendengaran itu...saya masih lagi berlatih seperti biasa terutama untuk mengekalkan kecergasan.

"Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah bekerja keras terutamaTimbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang selalu saya hubungi melalui telefon dan Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) berkaitan perjalanan kesini," katanya.

Norza ketika dihubungi Bernama berkata BAM sedang berbincang dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menetapkan tarikh proses pendengaran itu.

Menurut Norza, semua pihak termasuk Institut Sukan Negara (ISN) dan peguam telah membuat persediaan terbaik bagi proses pendengaran itu.

"Saya jangka panel pendengaran akan diadakan Mac ini. Keputusan adalah kuasa panel pendengaran. Kami hanya berusaha membuat persediaan terbaik untuk Chong Wei," katanya.

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , BAM , Doping

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan