Wozniacki Beraksi Dalam Tenis Terbuka BMW Malaysia 2015

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 8:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor lima dunia Caroline Wozniacki akan beraksi dalam Kejohanan Tenis Terbuka BMW Malaysia 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor dari 2 hingga 8 Mac ini.

Menurut kenyataan penganjur, Wozniacki, 24, pernah memenangi 22 kejuaraan perseorangan Persatuan Tenis Wanita (WTA) sepanjang kariernya dengan mengumpul hadiah wang kemenangan sebanyak RM68.12 juta (AS$19 juta).

"Tahun lalu Wozniacki berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh tahun berturut-turut. Beliau juga menamatkan New York City Marathon 2014 dengan catatan masa tiga jam 26 minit dan 33 saat pada November lepas," menurut kenyataan itu.

Turut menyertai kejohanan kali ini ialah pemain nombor 17 dunia, Carla Suarez Navarro dari Sepanyol, Casey Dellacqua (Australia), Jarmila Gajdosova (Slovakia), Hsieh Suwei (Taiwan) dan Zarina Diyas (Kazakhstan).

Malaysia pula diwakili Jawairiah Nordin, 24, dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM900,000 (AS$250,000).

Antara kemuncak kejohanan ini adalah ceramah motivasi pada 6 Mac ini oleh bintang tenis berkerusi roda Belanda yang telahpun bersara, Esther Vergeer, iaitu pemenang empat pingat emas acara perseorangan wanita sukan Paralimpik.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan