Jin Wei Catat Sejarah Tersendiri Rangkul Juara Paling Muda

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Goh Jin Wei melakar sejarah tersendiri apabila berjaya bergelar juara termuda dalam kejohanan terbuka tempatan.

Jin Wei yang bermian buat kali pertama dalam Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur pada usia 15 tahun menewaskan pemain keempat negara Kim Yin Fun 21-13,22-24, 21-19 dalam tempoh 69 minit bagi acara perseorangan wanita di Stadium Badminton Cheras pada Ahad.

"Ia sesuatu yang mengejutkan saya. Saya masih 'bingung' sekarang," jelas pemain yang mempunyai ketinggian 1.57meter ini.

Bagaimana pun kemenangan tersebut bukanlah mudah kerana pemain kelahiran Pulau Pinang ini terpaksa berdepan dengan pemain yang lebih berusia daripadanya.

Selepas menang pada set pertama 21-13, kedudukannya sedikit goyang di set kedua apabila dia mengalami kekejangan otot ketika mendahului mata 14-10.

"Saya selalu berdepan dengan masalah kekejangan otot ketika bermain. Saya cuba mengawalnya namun gagal," ujarnya yang turut menewaskan pemain yang berada di ranking teratas Division Dua sebelum mara ke Division Satu musim ini.

"Saya cuba membuat keputusan ketika mata 19-11. Yin Fun cuba mengejar, namun saya berjaya mengekalkan kedudukan bagi mencatat kejayaan besar ini," jelasnya yang belajar di Tingkatan Dua di sebuah sekolah persendirian di Damansara.

Jin Wei kini mencatat rekod tersendiri menewaskan separuh daripada pemain senior negara kecuali Tee Jing Yi, Sonia serta Lydia.

"Saya belum mengalahkan mereka lagi. Mungkin satu hari nanti. Tahun ini, sasaran saya adalah ingin beraksi dengan baik pada Kejuaraan Dunia Remaja di Peru November ini," jelasnya.

"Saya gembira jika berjaya mara ke separuh akhir. Saya masih lagi muda dan tidak ada apa-apa tekanan. 

"Apa yang saya inginkan ialah mahu menjadi juara remaja dunia sebelum mencapai usia 18 tahun," tambahnya.

Sementara itu dalam aksi kategori lelaki, Goh Soon Huat merangkul kejuaraan selepas menewaskan pemain antarabangsa Tan Chun Seang 21-12,21-19.

Ia merupakan gelaran kedua buat pemain yang berusia 25 tahun ini selepas kejohanan Terbuka Sabah tahun lalu.

Dia kini dilihat bakal membarisi skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Sudirman di Singapura pada Mei ini sebelum ke Sukan SEA, Jun ini.

Tags / Kata Kunci: Goh Jin Wei

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan