Penangguhan Kes Doping Chong Wei Tiada Kaitan Dengan ISN - Dr Ramlan

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 11:53 AM

Dr Ramlan Abd Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Institut Sukan Negara (ISN) menafikan pihaknya terlibat dengan penangguhan perbicaraan isu doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, pihak ISN tidak mempunyai sebarang kawalan atau pengaruh terhadap penetapan tarikh kes tersebut untuk didengar oleh pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"ISN juga, seperti semua pihak lain yang berkenaan, turut menunggu dengan penuh kesabaran mengenai tarikh mesyuarat "hearing panel" yang dilantik oleh BWF untuk kes doping yang melibatkan pemain badminton perseorangan No.1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei. 

"ISN turut berharap tarikh  tersebut dapat diketahui dengan secepat yang mungkin," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, tarik pendengaran itu akan dimaklumkan oleh BWF kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Apa-apa spekulasi atau andaian berkenaan kes ini tidak memberi faedah dan boleh mengeruhkan situasi serta menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi kepada pihak orang awam," tambah Dr Ramlan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi jaminan bahawa penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran Chong Wei kepada BWF akan siap selewat-lewatnya Mac ini. 

Norza berkata pihak terlibat ISN dan pihak peguam Mike Morgan masih mengumpul maklumat terbaik bagi persediaan proses pendengaran tersebut.

"BWF akan berikan tarikh kepada kita apabila BAM bersedia...kita masih lagi dalam proses akhir untuk menyediakan laporan terbaik. 

"Kita mahu masalah ini selesai secepat mungkin, kita tahu Chong Wei tidak akan menyertai Kejohanan All England dari 3 hingga 8 Mac ini dan kita juga tidak mahu beliau terlepas kejohanan besar sebelum penentuan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada tahun depan," katanya baru-baru ini.

Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Tags / Kata Kunci: Kes Doping , Lee Chong Wei , ISN , BAM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan