Lewat Bela Kes Chong Wei Untuk Pastikan Kes Kukuh - KJ

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 3:28 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kelewatan mempersembahkan kes doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertujuan memastikan kes yang dipersembahkan adalah kukuh, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah diingatkan supaya bersiap sedia dengan lengkap sebelum menghadiri perbicaraan dengan jawatankuasa sementara timbang tara BWF.

"Saya tidak mahu kita terburu-buru sebab ada beberapa perincian yang perlu kita telitikan. Kita cuma ada satu peluang sahaja," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Piala Monsun Malaysia 2015 di Teluk Danga, di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chong Wei yang mendakwa BAM melewat-lewatkan pembelaan kes beliau kepada BWF.

"Saya tidak mahu kita pergi perbicaraan kes Chong Wei dengan kes separuh masak. Bagi saya, ini adalah kes yang amat penting," kata Khairy.

Beliau berkata kegagalan untuk membela Chong Wei dengan sebaiknya boleh mengakibatkan beliau digantung selama dua tahun dan kemudiannya bersara, sesuatu yang bukan sahaja memberi kesan kepada pemain negara itu tetapi juga kepada sukan badminton negara secara tidak langsung.

Baru-baru ni, BAM berkata, perbicaraan kes doping jaguh badminton negara itu diadakan selewat-lewatnya bulan depan.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , BAM , doping , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan