Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 Letakkan Negara Dalam Peta Sukan Dunia

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 yang akan berlangsung dari 2 hingga 8 Mac di Kelab Golf Diraja Selangor di sini, dijangka meletakkan Malaysia dalam peta sebagai tuan rumah acara tenis bertaraf dunia.

Pengarah kejohanan tersebut, Keld Kristiansen berkata kejohanan yang diluluskan Persatuan Tenis Wanita (WTA) bernilai AS$250,000 (RM885,250) itu telah berkembang setiap tahun dari segi penonton, liputan media, kedatangan pengunjung dan pulangan ke atas pelaburan (ROI) kepada negara ini.

"Ia kini satu acara utama dalam kalendar Malaysia, tuan rumah kejohanan antarabangsa yang bukan sahaja memberi negara ROI yang baik dari segi pendedahan dan jumlah pengunjung tetapi juga menawarkan platform pembangunan mantap untuk sukan Malaysia," kata Kristiansen yang juga Pengerusi Eksekutif Carbon Sports Sdn Bhd dalam kenyataan di sini, Ahad.

Syarikat berkenaan adalah penganjur kejohanan tersebut.

Malaysia akan diwakili Jawairiah Noordin, 24, yang meraih tempat dalam undian utama selepas memenangi Sirkit Masters Kebangsaan BMW di Pusat Tenis Nasional di Jalan Duta, November lepas.

"Pada tahun ini, kami memberi tumpuan untuk menyediakan orang ramai akses yang baik, hiburan hebat dan pemahaman lebih luas dalam sukan tenis," kata Kristiansen.

Barisan pemain pada kejohanan berkenaan akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari lagi dan penonton bakal disajikan dengan perlawanan-perlawanan yang mendebarkan.

Masuk adalah percuma dari 28 Februari hingga 4 Mac, sebelum penonton perlu membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan undian utama dari 5 hingga 8 Mac, dengan harga RM33, RM53, RM63 dan RM73.

Pas bermusim pula berharga RM153 dan diskaun diberikan kepada mereka yang membeli awal sebelum 28 Februari.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi talian 03-9222 8811, mulai 1 Februari.

Kejohanan berkenaan disokong oleh Kementerian Pelancongan, MyCeb serta Kementerian Belia dan Sukan.


Tags / Kata Kunci: Tenis , BMW , Malaysia , Keld Kristiansen

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan