Skuasy: Malaysia Juara Kejohanan Remaja Asia Berpasukan

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 7:49 PM

Dari kiri: Rachel Mae Arnold, Zoe Foo, S. Sivasangari dan Teh Min Jie meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pemain dari Hong Kong. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menepati sasaran apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia Berpasukan ke-17 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada perlawanan final, skuad lelaki negara mengalahkan Pakistan manakala skuad wanita menewaskan Hong Kong 2-1.

Dalam saingan lelaki, Ng Eain Yow membuka gelanggang dengan mata pertama selepas mengalahkan pemain Pakistan, Tayyab Aslam dengan keputusan 11-6, 11-13, 4-11, 11-3 dan 7-11.

Mata kedua Malaysia disumbangkan oleh Darren Chan Ti Lunn yang menundukkan Muhammad Asim Khan 8-11, 10-12 dan 4-11.

Dalam saingan wanita, Malaysia mendahului Hong Kong 2-0 apabila mata pertama diperoleh melalui Rachel Mae Arnold yang menewaskan pemain Hong Kong, Choi Uen Shan 11-9, 11-5 dan 11-9.

Mata kedua negara pula dihadiahkan oleh Teh Min Jie yang terpaksa bertungkus lumus sebelum mengatasi Ho Ka Wing 11-8, 10-12, 4-11, 11-4 dan 11-9 untuk mengesahkan kemenangan Malaysia.

Pemain ketiga Malaysia, S. Sivasangari bagaimanapun tidak dapat memberikan kemenangan bergaya buat negara apabila kalah kepada Lui Hiu Lam dengan keputusan 11-13, 5-11, 16-14 dan 11-13.

Pada edisi ke-16 di Seoul, pada 2013, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menghuni tangga ketiga.

Tags / Kata Kunci: Skuasy Remaja Asia Berpasukan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan