Terbuka Australia: Djokovic Raih Trofi Kelima

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 8:37 PM

Djokovic menewaskan Murray di final perseorangan lelaki Terbuka Australia.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN No. 1 dunia, Novak Djokovic membuktikan dia masih lagi lawan yang sukar kepada Andy Murray apabila menjuarai trofi kelima kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, malam Ahad.

Djokovic menewaskan pemain Britain, Murray 7-6; 6-7;6-3; 6-0 pada aksi final dalam masa tiga jam dan 39 minit.


Ia adalah kemenangan ketiga pemain Serbia itu menentang Murray pada aksi final di Melbourne, sekali gus merangkul Grand Slam kelapannya.

Hanya terdapat empat kejohanan Grand Slam dalam sirkit tenis antarabangsa iaitu Terbuka Australia, Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.

Murray, 27, pula setakat ini hanya memenangi dua daripada lapan final kejohanan Grand Slam, tewas empat kali di Australia.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Djokovic - ia rekod menakjubkan dan dia layak untuk menang.

"Ia adalah Grand Slam yang konsisten sepanjang karier saya tetapi saya masih belum ada peluang untuk menang," kata Murray.

Murray yang akan kembali ke ranking keempat dunia pada Isnin ini berkata, dia mempunyai peluang pada setiap tiga set pertama pada kejohanan itu tetapi masih gagal mematahkan pukulan pemain Serbia itu.

Djokovic dilihat berdepan masalah buku lali di awal set kedua tetapi berjaya mengekalkan rentak konsistennya.

Keputusan pusingan akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia:

Novak Djokovic - Andy Murray 7-6, 6-7, 6-3, 6-0


Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic , Terbuka Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan