SBA Mohon BAM Hidupkan Semula Kejohanan Terbuka Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 10:37 PM

Persatuan Badminton Sarawak mohon BAM hidupkan semula Kejohanan Terbuka Sarawak.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diminta menghidupkan semula Kejohanan Terbuka Sarawak bagi membolehkan lebih banyak pemain di negeri itu mendapat pendedahan bermain pada kejohanan bertaraf sirkit kebangsaan.


Kejohanan grand prix kebangsaan itu dihentikan selama dua dekad denganalasan kos yang tinggi bagi persatuan negeri dari Semenanjung menghantar barisan pemain masing-masing. Kali terakhir kejohanan itu dianjurkan adalah pada 1993.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Abdul Hadi Abdul Kadir hari ini berkata pihaknya telah membuat permohonan untuk menghidupkan semula kejohanan itu pada mesyuarat majlis BAM di sini, pada 17 Januari lepas.

Katanya SBA tidak melihat sebarang masalah untuk mengembalikan semula kejohanan itu memandangkan Kejohanan Terbuka Sabah masih diteruskan.

Dalam perkembangan lain, katanya SBA juga memohon kepada BAM supaya menggandakan hadiah wang tunai US$15,000 (RM54,473) yang ditawarkan bagi Kejohanan Cabaran Antarabangsa Maybank Kuching.

Menurutnya, pada mesyuarat tersebut, kesemua persatuan negeri turut meminta badan induk itu supaya menambah nilai geran untuk menganjurkan kejohanan.

Mengeni persediaan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini, Abdul Hadi berkata SBA berharap kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Sosial akan menyediakan bantuan kewangan yang sewajar.

Katanya Sarawak kini mempunyai beberapa pemain yang mempunyai potensi  untuk merangkul pingat seperti Adam Taufek, Rony Tan, Wong Kok Hu dan Siti ZulaikaIdris.

"Kami mahu melatih dan mendedahkan pemain kita di kejohanan yang lebih tinggi dan berharap kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kewangan dalam persediaan skuad badminton negeri menghadapi Sukma 2016," katanya.

Tags / Kata Kunci: Badminton Sarawak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan