Sharapova Tumpaskan Rakan Senegara Ekaterina Makarova Untuk Mara Ke Final - Raket | mStar

Sharapova Tumpaskan Rakan Senegara Ekaterina Makarova Untuk Mara Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 1:32 PM

Maria (kanan) berjabat tangan dengan Ekaterina Makarova sebaik sahaja perlawanan separuh akhir mereka selesai pada Khamis, 29 Januari 2014.

(Ubah saiz teks)

> Maria Sharapova kalahkan Ekaterina Makarova 6-3, 6-2

> Sharapova kini akan bermain dalam final Terbuka Australia untuk kali keempat

> Jika menang final ia adalah gelaran grand slamnya yang keenam

PEMAIN tenis wanita nombor dua dunia, Maria Sharapova mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali yang keempat dalam kariernya pada Khamis selepas menumpaskan rakan senegara, Ekaterina Makarova.

Ini adalah kemenangan yang keenam Sharapova ke atas Makarova, yang merupakan pemain pilihan ke-10 kejohanan.

Dia menang 6-3 6-2 dalam tempoh satu jam 27 minit.

Sharapova, 27, kini akan menentang sama ada seorang lagi pemain veteran Serena Williams yang akan bertemu Madison Keys dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Perlawanan akhir akan berlangsung Sabtu ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan