Terbuka Australia: Murray Tewaskan Berdych Tempah Tiket Ke Final - Raket | mStar

Terbuka Australia: Murray Tewaskan Berdych Tempah Tiket Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menempah tiket ke final Terbuka Australia buat kali keempat mengetepikan pemain Republik Czech, Tomas Berdych pada separuh akhir di Melbourne pada Khamis.


Pun begitu Murray terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kejayaan ini selepas kalah pada set pertama secara tie-break namun bangkit mencatat 6-7 6-0 6-3 7-5. 

Jaguh Scotland itu banyak melepaskan peluang pada set pertama yang dianggap sebagai permainan terburuknya dalam kejohanan ini. 

“Saya sebenarnya kecewa dengan corak permainan pada set pertama namun bernasib baik kerana pantas mengubah taktik pada set seterusnya. 

“Saya semakin selesa dengan keadaan itu dan faham dengan corak pukulan Tomas yang laju,” jelasnya selepas perlawanan. 

Sementara itu, Murray turut mengulas mengenai bekas jurulatihnya, Dani Vallverdu, kini membimbing Berdych. 

“Ia  kejohanan yang besar dan banyak yang telah Dani lakukan, bekas jurulatih saya yang kini bekerja dengan dia (Tomas) tetapi kami sudah berkawan sejak saya berumur 15 tahun lagi. Saya rasakan ia sesuatu yang tidak adil. 

 “Inilah dunia sukan dan banyak lagi yang perlu ditempuhi,” jelas Murray.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Australia , Andy Murray
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan