Skuasy Remaja: SRAM Yakin Skuad Negara Layak Ke Final - Raket | mStar

Skuasy Remaja: SRAM Yakin Skuad Negara Layak Ke Final

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 12:56 PM

Darren Chan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) yakin skuad remaja kebangsaan buat julung kali akan dapat melangkah ke final Kejohanan Remaja Asia Berpasukan ke-17 bermula di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil pada Rabu.

Presidennya Huang Ying How berkata sasaran tersebut adalah realistik berikutan skuad wanita diletakkan sebagai pasukan pilihan utama kejohanan dan lelaki sebagai pasukan pilihan kedua.

"Kami menyasarkan gelaran juara untuk kedua-dua pasukan negara. Bagaimanapun, tidak mustahil untuk skuad lelaki melakukan kejutan terhadap pasukan pilihan utama, Pakistan," katanya.

Huang berkata walaupun skuad wanita diletakkan sebagai pilihan utama namun mereka dijangka mendapat tentangan sengit daripada pasukan Hong Kong dan India.Sebanyak 14 negara Asia akan menyertai kejohanan tajaan Yayasan CIMB, iaitu Malaysia, Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Korea Selatan, Kuwait, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka.

Skuad lelaki negara terdiri daripada Ng Eain Yow, Mohammad Syafiq Mohd Kamal, Darren Chan dan Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar manakala skuad wanita dibarisi oleh Rachel Mae Arnold, Teh Min Jie, Zoe Foo Yuk Han dan S.Sivasangari.

Pada edisi ke-16 di Seoul, pada 2013, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menghuni tangga ketiga.

Tags / Kata Kunci: Kejohanan Skuasy Remaja Asia , SRAM
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan