Terbuka Australia: Federer Gagal Sekat Seppi, Tewas Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 9:04 PM

Federer tewas pusingan ketiga Terbuka Australia kepada pemain Itali.

(Ubah saiz teks)

TERBUKA Australia memberi kenangan manis buat pemain ranking kedua dunia, Roger Federer yang telah mencatat gelaran Grand Slam Ke-18 sebelum ini, namun sebaliknya berlaku apabila tersingkir pada aksi pusingan ketiga kepada pemain Itali, Jumaat.

Federer mencatat keputusan terburuk dalam tempoh 14 tahun selepas tewas penuh dramatik kepada Andreas Seppi yang berada di ranking ke-46 dunia, 6-4 7-6 (7-5) 4-6 7-6 (7-5) dalam tempoh dua jam 57 minit di gelanggang kegemarannya, Rod Laver Arena.

Jaguh Switzerland itu membuka perlawanan penuh bergaya pada set pertama dan kedua namun segalanya berubah bermula set ketiga.

“Hari yang malang . Saya harapkan boleh mempamerkan permainan yang lebih baik, namun segalanya berubah selepas set kedua.

“Saya tidak menggunakan peluang yang ada untuk bangkit. Pastinya saya amat kecewa dengan kekalahan ini,” jelas pemain berusia 33 tahun ini.

Kali terakhir Federer tewas pada aksi ketiga kejohanan ini ialah pada tahun 2001.

Pemain veteran ini pernah tewas kepada Seppi pada aksi pusingan kedua di Wimbledon dua tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Australia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan