Wei Feng Ketuai Cabaran Malaysia Di Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 10:59 PM

Chong Wei Feng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki kedua negara, Chong Wei Feng mengetuai cabaran pemain negara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India.

Pemain kelahiran Kedah itu, selaku pilihan kelima, mudah mengalahkan wakil tuan rumah, Arvind Bhat, 21-6, 21-11 pada aksi pusingan ketiga pada Khamis, namun berdepan ujian getir menentang pilihan utama K. Srikanth dari India pada suku akhir pada Jumaat.

Terdahulu, pemain tuan rumah itu terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, 22-20, 20-22 dan 21-11 dalam satu lagi pertarungan pusingan ketiga, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org. 

Beregu wanita utama negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, pada Rabu mengalahkan beregu India, Parssa Naqvi dan Saruni Sharma pada pusingan kedua menerusi kemenangan 21-7 dan 21-10.

Turut mengikut jejak langkah mereka ke pusingan seterusnya adalah gandingan Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho serta pasangan Lim Yin Loo dan Lee Meng Yean.

Amelia dan Soong, yang juga pilihan keempat, melakar kemenangan selesa 21-10 dan 21-7 ke atas wakil tuan rumah, D. Sudha Kalyani dan Mukherjee Riya manakala Lim dan Lee pula mengalahkan pasangan Lalita Dahiya dan Seema Panchal, juga dari India dengan kemenangan 21-1 dan 21-5.

Dalam acara beregu campuran, tiga wakil negara berjaya menempatkan diri ke pusingan suku akhir selepas mengalahkan lawan masing-masing.

Pilihan kelapan, Wong Fai Yin dan Chow Mei Kuan mengalahkan gandingan India, Singh Vinay Kumar dan Mukherjee Riya, 21-19 dan 21-9 manakala pilihan keempat, Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing menundukkan pasangan India daripada pusingan kelayakan, Utkarsh Arora dan Mohita Sahdev dengan 21-12 dan 21-8.

Tan Aik Quan dan Lee Meng Yean, yang merupakan pilihan ketujuh, mengalahkan gandingan tuan rumah, Sanyam Shukla dan Sanyogita Ghorpade menerusi kemenangan 21-10 dan 21-19.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara perseorangan wanita dan beregu lelaki pada kejohanan bertaraf Grand Prix Emas bernilai US$120,000 (RM430,440) itu selepas beberapa terkandas di pusingan awal.
 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan