Tenis Terbuka Australia: Sharapova Hampir Dikejutkan Di Pusingan Ke-2

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 1:43 PM

Maria membuat tanda kucupan kepada para peminatnya selepas berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne pada Rabu, 21 Januari 2014.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pilihan kedua, Maria Sharapova hampir-hampir dikejutkan oleh pemain nombor 150 dunia, Alexandra Panova pada pusingan kedua Tenis Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne pagi Rabu.

Sharapova yang juga pemain nombor dua dunia menang mudah 6-1 dalam set pertama tetapi tidak semena-mena tumpas 4-6 pada set kedua dan hampir tewas pada set penentu sebelum menang 7-5.

Perlawanan tersebut berakhir selama dua jam setengah.

Panova, 25, rakan senegara Sharapova hanya layak ke kejohanan ini menerusi perlawanan kelayakan sahaja.

Inilah pertama kali Panova berjaya mara ke pusingan kedua dalam mana-mana kejohanan bertaraf Grand Slam.

Selain Terbuka Australia, tiga lagi kejohanan Grand Slam ialah Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan