Tenis Terbuka Australia: Maria Sharapova Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pilihan kedua, Maria Sharapova 'merosakan' sambutan hari lahir Petra Martic yang ke-24 dengan menumpaskan pemain dari Croatia itu 6-4, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Australia pada lewat Isnin.

Sharapova yang merupakan juara Grand Slam sebanyak lima kali bagaimanapun ditentang sengit oleh Martic yang dianggap sebagai bintang baru yang sedang bersinar dari Croatia.

Pada set pertama Sharapova mendahului 5-2 sebelum dia dikejutkan dengan pungutan mata oleh Martic menjadikan kedudukan 5-4.

Sharapova bagaimanapun berjaya mengekalkan rentak permainan dan menang 6-4. Pada set kedua, pemain dari Rusia itu mengawal keadaan sepenuhnya.

Dia kini akan menentang rakan senegaranya, Alexandra Panova yang menumpaskan pemain dari Romania, Sorana Cirstea 7-5 6-0.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan