Tenis Terbuka Australia: Pilihan Kelima Kei Nishikori Turut Mara - Raket | mStar

Tenis Terbuka Australia: Pilihan Kelima Kei Nishikori Turut Mara

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

NAIB juara Terbuka Amerika Syarikat, Kei Nishikori memperlihatkan keazaman yang tinggi untuk merangkul kejuaraan Grand Slamnya yang pertama dengan menumpaskan Nicolas Almagro 6-4, 7-6, 6-2 pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia awal Selasa.

Nishikori, pemain pilihan kelima dalam kejohanan ini bagaimanapun telah menerima tentangan sengit daripada Almagro yang berjaya sampai ke peringkat suku akhir pada 2013.

Tahun lalu, Nishikori menjadi pemain lelaki Asia yang pertama mara ke perlawanan akhir kejohanan Grand Slam iaitu dalam Terbuka Amerika Syarikat.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan