Tenis Terbuka Australia: Rafael Nadal Lolos, Ana Ivanovic Tersingkir

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 3:04 PM

Nadal berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Australia selepas menumpaskan pemain Rusia, Mikhail Youzhny, pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

JUARA Grand Slam 14 kali dan pilihan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Australia, Rafael Nadal menumpaskan pemain Rusia, Mikhail Youzhny dalam pusingan pertama yang berlangsung di Melbourne Park, Isnin.

Nadal, 28, menang 6-3 6-2 6-2 dalam kejohanan Grand Slamnya yang pertama sejak Wimbledon.

Dia mengambil masa satu jam 49 minit untuk menumpaskan lawannya itu yang merupakan pemain ranking ke-49 dunia.

Nadal kini menunggu untuk menentang sama ada seorang lagi pemain Rusia, Andrey Kuznetsov atau rakan senegaranya, Albert Ramos-Vinolas dalam pusingan kedua yang akan berlangsung pada Rabu.

Pemain yang berasal dari Sepanyol itu berehat panjang selepas Kejohanan Wimbledon ekoran kecederaan serius dan terpaksa menjalani pembedahan.

Dia juga terpaksa menjalani pembedahan akibat apendiks hujung tahun lalu.

Bagaimanapun pemain wanita pilihan kelima, Ana Ivanovic tumpas mengejut di tangan pemain tidak ternama dari Republik Czech, Lucie Hradecka yang merupakan pemain ranking ke-142 di dunia.

Ana, 27, yang juga merupakan bekas juara Terbuka Perancis 2008,  tumpas 1-6 6-3 6-2 kepada pemain yang hanya menyertai kejohanan ini menerusi pusingan kelayakan.

Dia menjadi pemain pilihan yang pertama tumpas dalam kejohanan pembuka tirai acara Grand Slam tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan