Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 4:41 PM

Morten Frost Hansen

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau bersetuju dengan pelantikan Morten Frost Hansen dari Denmark sebagai Pengarah Teknikal baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana BAM  perlu ada pendekatan yang radikal untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan  badminton di negara ini.

Katanya beliau yakin dengan kemampuan Morten Frost kerana dia adalah individu yang sesuai untuk jawatan tersebut.

"Saya harap beliau dapat menyusun semula bahagian kejurulatihan BAM. Satu lagi ialah akademi BAM yang sedang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Kiara dan selepas kita ada akademi tersebut, kita akan menggerakkan pula  program pembangunan badminton dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Jadi, ketiga-tiga perkara ini mestilah kita jayakan....satu, ialah kejurulatihan di bawah Morten Frost, kedua akademi kita dan ketiga, program pembangunan badminton. Semua ini akan saya umumkan secara holistik apabila Morten Frost datang pada bulan Mac nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menuai cili projek perintis di bawah Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Kampung Ribu, Rantau dekat sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk R. Saravanan.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar semalam memetik Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai berkata BAM akan melakukan langkah radikal untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan itu termasuk menjadi antara tiga negara terbaik dunia menjelang 2020.

Bagi mengorak langkah ke arah itu, Tengku Mahaleel berkata mereka akan  melaksanakan strategi dan dasar baharu mulai tahun ini.

Khairy berkata kementeriannya mempunyai sasaran jangka pendek dan panjang untuk sukan badminton.

"Sasaran jangka panjang ialah tiga perkara tadi, manakala sasaran jangka pendek adalah untuk kita pastikan bahawa di kalangan pemain perseorangan lelaki, kita lahirkan pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei, dan untuk beregu, kita kena pastikan bahawa peluang cerah diberikan kepada pasangan lelaki dan beregu wanita kita. Sebab mereka ini saya letakkan sebagai harapan bukan hanya dalam Sukan SEA, tetapi Sukan Olimpik dan Sukan Asia akan datang," katanya.

Mengenai kekosongan jawatan pesuruhjaya sukan, Khairy berkata beliau akan umumkan apabila beliau sudah berjumpa calon terbaik.

"Saya telah arahkan timbalan pesuruhjaya sukan untuk menjalankan tugas, jadi tiada masalah. Buat masa ini tidak ada masalah dari segi pentadbiran dan juga kuasa pesuruhjaya sukan kerana kuasa itu telah diturunkan kepada pegawai di pejabat pesuruhjaya sukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Morten Frost , BAM , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan