Beregu Lelaki, Campuran Negara Gagal Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 9:23 PM

Aksi pemain pasangan beregu campuran negara, Peng Soon (kiri) and Pei Jing ketika menentang pasangan dari Denmark pada perlawanan separuh akhir, Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Harapan untuk melihat wakil negara menerusi beregu campuran dan beregu lelaki beraksi di final gagal selepas tumpas kepada lawan masing-masing pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya, di sini, Sabtu.

Impian beregu campuran Chan Peng Soon/Lai Pei Jing mara ke final kejohanan ini musnah selepas tewas mudah kepada pilihan utama kejohanan dari Denmark, Joachim Fischer Nielsen/Christina Pedersen.

Gandingan negara nyata gagal menyaingi kehebatan pasangan Denmark itu apabila tewas 10-21 pada set pertama, dan kalah set kedua 7-21 dalam pertarungan yang hanya berlangsung selama 33 minit.

Peng Soon/Pei Jing ketika ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui pasangan Denmark itu berada pada tahap lebih baik berbanding mereka, selain faktor terlalu 'hormat' mengakibatkan mereka gagal memberikan persembahan terbaik.

"Terlalu hormat kepada mereka membuatkan kami teragak-agak dan tidak mampu beri segalanya ketika bermain, tetapi apa pun mereka sememangnya mempunyai kualiti permainan yang lebih baik," kata Peng Soon.

Episod duka skuad negara diteruskan selepas beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas dalam pertarungan tiga set kepada pilihan kelapan kejohanan, Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Biarpun tewas 18-21 pada set pertama, V Shem/Wee Kiong kembali memperkemaskan permainan mereka untuk menang 21-19, pada set kedua.

Peluang bermain pada set ketiga bagaimanapun gagal digunakan sebaik mungkin pasangan negara itu apabila tewas 12-21 dalam pertarungan selama 50 minit.

V Shem/Wee Kiong ketika ditemui selepas permainan berkata beberapa kesilapan yang dilakukan mereka digunakan sebaik mungkin oleh gandingan Taiwan itu untuk meraih mata dan seterusnya memenangi perlawanan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan