BAM Ambil Langkah Radikal, Progresif Pulih Kegemilangan Badminton

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 6:39 PM

Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan langkah radikal untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan itu termasuk menjadi antara tiga negara terbaik dunia menjelang 2020.

Bagi mengorak langkah ke arah itu, presidennya Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata mereka akan melaksanakan strategi dan dasar baharu mulai tahun ini.

Buat permulaan, katanya semua pemain yang mengikuti pelbagai program latihan kini akan menjalani latihan di bawah satu program.

"Setiap pemain boleh berentap dengan pemain lain termasuk pemain elit. Barisan jurulatih perlu merancang perkembangan pemain untuk menjadi pemain utama dunia dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Beliau mendedahkan perubahan struktur latihan tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis BAM sempena Kejohanan Grand Prix Emas Malaysia Masters di sini Sabtu.

Tengku Mahaleel berkata BAM akan menggunakan pangkalan data perinci selama tiga tahun berhubung prestasi jurulatih dan pemain untuk membentuk sistem baharu latihan dan kejurulatihan termasuk program latihan bagi melahirkan pemain utama.

Katanya Pengarah Teknikal baharu BAM, Morten Frost Hansen dari Denmark, akan menggunakan pangkalan data itu untuk memutuskan antara lain kaedah latihan pemain dan program penggantian jurulatih.

Beliau berkata BAM menghadapi pelbagai cabaran antara lain jumlah pemain berbakat yang kecil serta kelemahan mental pemain.

Menurutnya walaupun pemain mempunyai bakat yang tinggi tetapi telah lemah dari segi mental seperti dikesan oleh jurulatih BAM dari Korea Selatan dan China.

Justeru, katanya Frost bersama-sama pihak BAM akan cuba menangani masalah itu.

Katanya pihaknya perlu menyemarakkan minat lebih mendalam terhadap sukan itu dalam kalangan rakyat tempatan.

"Kita mempunyai kira-kira 4,000 buah sekolah yang mempunyai gelanggang badminton di seluruh negara. Kami mempunyai kira-kira 100 kejohanan setiap tahun dengan hanya 1,008 pemain," katanya.

Katanya walaupun agak mahal untuk melahirkan pemain baik tetapi memang ada penaja yang sanggup membiayai pemain-pemain yang cemerlang.

"Kita perlu menjadikan BAM sebagai jenama bernilai bagi menarik lebih banyak penaja supaya kedudukan kewangan persatuan ini menjadi lebih kukuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: BAM , Tengku Mahaleel Tengku Ariff

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan