Maria, Ana Mara Ke Final Kejohanan Antarabangsa Brisbane

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 9:56 AM

Maria menemui peminatnya selepas menewaskan Elina dan melangkah ke final Kejohanan Antarabangsa Brisbane, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BRISBANE: Dua bintang tenis dunia, Maria Sharapova dan Ana Ivanovic bakal bersaing di final pertandingan yang dijadikan pemanas badan sebelum Terbuka Australia.

Kedua-dua jaguh itu, masing-masing Maria dari Russia dan Ana dari Serbia mengatasi lawan mereka di separuh akhir kejohanan Antarabangsa Brisbane pada Jumaat.

Maria menewaskan pemain Ukraine, Elina Svitolina 6-1 6-3 untuk menempah tiket ke final, manakala Ana sedikit bergelut sebelum menang 7-6(2) 6-4 ke atas pemain Amerika Syarikat Varvara Lepchenko.

Maria pernah menewaskan Ana di final Terbuka Australia 2008 dan kedua-dua pemain itu bertekad untuk menyerlah di kejohanan Grand Slam pertama musim ini yang bakal berlangsung di Melbourne, 19 Januari nanti.

Maria hanya tercicir sembilan perlawanan sepanjang tiga aksi sebelum ke final dan dia tidak memberi peluang buat Elina yang pernah menjulang Terbuka Remaja Perancis 2010.

Ana yang bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menang perlawanan sebelumnya dan penat lelahnya berbaloi selepas diisytiharkan sebagai pemenang dua jam kemudian.

“Sudah tentu jantung saya berdegup kencang kerana mengharungi perlawanan yang cukup sengit,” kata Ana yang berusia 27 tahun itu.

Ana yang menduduki tangga ketujuh dunia mahu memburu gelaran WTA ke-16 baginya dan yang kelima dalam tempoh 12 bulan.


Tags / Kata Kunci: Maria Sharapova , Serbia , Terbuka Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan