Daren Mahu Lupa Aksi Pahit 2014, Mula Langkah Baharu

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 2:45 PM

Daren mahu melupakan aksi pahit 2014.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton negara, Liew Daren mengakui fokusnya lebih kepada prestasi semasa berbanding isu kontrak barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini.

Jelas pemain kelahiran Kuala Lumpur ini, dia tidak mahu memikirkan isu di luar kuasanya kerana perkara pokok baginya ialah memperbaiki prestasi hambarnya tahun lalu.

Biarpun dilemparkan dengan pelbagai kritikan sinis gara-gara aksi tidak konsisten tahun lalu, Daren tidak pernah tersentak.

Malah pemain tinggi lampai berusia 27 tahun ini cuba bangkit membaiki kelemahan dan terus berusaha dalam persiapan mengharungi beberapa kejohanan besar tahun ini.

"Permulaan yang baik bagi saya tahun ini kerana tidak mengalami sebarang masalah kecederaan seperti sebelum ini.

"Saya akui tahun lalu prestasi kurang baik kerana sejak Januari lagi saya mengalami beberapa kecederaan termasuk di buku lali dan pangkal paha.

"Malah sesi latihan juga berjalan lancar dan saya lebih bersemangat untuk membuktikan saya boleh melakukan yang lebih baik.

"Saya akan menilai sejauh mana tahap prestasi saya menjelang kejohanan pertama tahun ini iaitu Yonex Sunrise Malaysia Masters di Kuching bermula minggu depan (13-18 Jan).

"Ujian bertemu dengan pemain Jepun, Takuma Ueda (pemain pilihan keenam) pada pusingan pertama nanti mampu memberi bayangan awal terhadap prestasi saya," jelasnya kepada mStarOnline selepas sesi latihan di Stadium Bukit Kiara, Rabu.

Sebagai rekod, kali terakhir Daren merangkul trofi kejuaraan pada tahun 2012 dengan menjuarai Terbuka Perancis Super Series.

Tags / Kata Kunci: Liew Daren , perseorangan lelaki

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan