Nasib Jurulatih Badminton Negara Di Tangan Morten Frost

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 10:05 PM

Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib barisan jurulatih badminton kebangsaan berkemungkinan besar terletak di tangan legenda badminton Denmark, Morten Frost yang akan memikul tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal BAM.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff memberi bayangan sedemikian seolah-olah badan induk itu tidak mempunyai kuasa menawarkan kontrak baharu kepada barisan jurulatih selepas kehadiran Frost pada Mac depan.

Tengku Mahaleel berkata berdasarkan kontrak yang ditawarkan, Frost diberi kebebasan sepenuhnya menentukan barisan jurulatih yang dikehendaki mengikut laporan penilaian prestasi komprehensif yang dijalankan oleh beberapa pihak.

"Apabila Morten Frost datang, kita akan berbincang dan tentukan siapa akan mengetuai bahagian mana berdasarkan kepada laporan komprehensif yang disediakan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), anggota majlis BAM dan ketua jawatankuasa kejohanan.

"Dalam kontrak, Frost dibenarkan membuat perubahan. Kami akan berbincang siapa yang terbaik untuk apa dan siapa yang patut melakukan apa, bila dan bagaimana. Dia dah kenal jurulatih kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan jurulatih kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini Isnin.

Pertemuan yang berlangsung dari 11 pagi hingga 4 petang itu, turut dihadiri hampir kesemua jurulatih kebangsaan, namun kelibat jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek tidak kelihatan.

Hampir semua jurulatih badminton negara tamat kontrak pada Disember lepas termasuk Rashid, Tey Seu Bock, Rosman Razak, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan dan Wong Tat Meng.

Mereka juga dikatakan telah menerima tawaran kontrak sehingga Mac menerusi emel yang dihantar pada tarikh kontrak tamat.
Mengenai lanjutan kontrak sehingga Mac itu, Tengku Mahaleel berkata ia dilaksanakan kerana mengambil kira persiapan skuad badminton negara menghadapi Sukan SEA di Singapura pada Mei depan.

"Sukan SEA semakin hampir dan beberapa kejohanan sudah dekat, jadi kami perlu lakukan sesuatu. Kami melanjutkan kontrak jurulatih pada waktu ini kerana bimbang akan mengganggu persiapan skuad badminton," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel berkata jika Frost tidak memilih mana-mana jurulatih untuk tersenarai dalam perancangan beliau, barisan jurulatih berkenaan akan ditawarkan kontrak lanjutan selama tiga bulan bagi membolehkan mereka mencari pekerjaan baharu.

"BAM memberi jaminan sekiranya mereka menerima kontrak baharu, kenaikan gaji serta bonus kemenangan yang tertunggak pada tahun lepas akan dibayar sepenuhnya," kata beliau.

Tengku Mahaleel berkata mana-mana jurulatih yang berjaya menunjukkan keputusan yang ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab seperti tertakluk dalam kontrak, tidak perlu bimbang dengan masa depan mereka bersama BAM.

Katanya pertemuan pada Isnin juga bagi membincangkan perkara berkenaan bagi memberi senario jelas kepada barisan jurulatih kebangsaan yang pada dasarnya bimbang dengan kedudukan mereka selepas kehadiran Frost nanti.
Tags / Kata Kunci: Morten Frost , BAM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan