Bawa Segera Morten Frost Bagi Selesai Isu Jurulatih - Kim Hock

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 3:03 PM

Morten Frost

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disaran supaya mencari jalan untuk membawa pengarah teknikalnya yang baharu Morten Frost ke Malaysia dengan segera agar kedudukan beberapa jurulatih utama kebangsaan dapat diputuskan secepat mungkin.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Yap Kim Hock berkata, pelantikan jurulatih harus dibuat secepat mungkin kerana mereka mempunyai tugas besar untuk membawa skuad badminton negara ke Sukan Olimpik tahun hadapan.

"Jangan tunggu sampai bulan Mac baru nak lantik jurulatih. Keputusan ini perlu dilakukan dengan lebih cepat. Bawa Frost untuk selesaikan kontrak semua jurulatih.

"Jurulatih perlu buat persiapan. Persiapan ke Sukan Olimpik bukan hanya pertandingan biasa seperti All England atau Sukan SEA. Ia penting untuk jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan NPG Agency Sdn Bhd, di sini, Isnin.

Kim Hock mewakili Kelab Badminton Klang selaku jurulatih manakala NPG Agency diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Norman Pang.

MoU itu adalah bagi penajaan NPG Agency kepada dua pemain import kelab itu iaitu pemain perseorangan Indonesia, Simon Santoso dan pemain perseorangan Singapura, Derek Wong Zi Liang.

Kedudukan jurulatih BAM termasuk Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Pang Cheh Chang dan Rosman Razak timbul setelah kontrak mereka yang dilapor berakhir 31 Disember lepas, hanya dilanjut hingga Mac ini kerana difahamkan BAM mahu menunggu Morten Frost memulakan khidmatnya pada Mac ini terlebih dahulu sebelum memutuskan kontrak jurulatih-jurulatih itu disambung atau tidak.

Legenda badminton Denmark itu dijangka tiba dan memulakan tugas awal Mac.

Tags / Kata Kunci: Morten Frost , BAM , jurulatih , Yap Kim Hock

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan