ISN Sedia Bincang Dengan Chong Wei Jika Ada Kemusykilan - Dr Ramlan

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 7:19 PM

Dr Ramlan Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pintu Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa terbuka kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk berbincang mengenai apa saja perkara berkaitan isu doping yang dihadapinya. 

Jaminan itu diberi Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, sambil berkata pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada atlet negara itu dan mengakui memahami apa yang sedang dialami Chong Wei pada saat ini.

"Saya hairan (dengan kenyataan Chong Wei). Yang pasti, saya faham dalam keadaan begini, perasaan sesiapa pun akan bergolak. 

"Kami masih boleh diakses. Dia (Chong Wei) pun ada nombor telefon saya. Kalau perlu kita berbincang atau apa-apa kemusykilan, kerunsingan atau perasaan negatif, kita boleh bincang," katanya ketika ditemui pemberita pada program atlet prihatin di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Chong Wei yang membangkitkan rasa tidak puas hati dengan prosedur ISN terhadap program pemulihan atlet khususnya membabitkan aspek doping.

Berhubung proses pendengaran isu doping Chong Wei yang dijangka bulan ini, Dr Ramlan berkata ISN sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan perkara itu berjalan lancar dan mendapat penyelesaian terbaik kepada jaguh badminton negara itu.

Beliau berkata, pelbagai pihak termasuk orang perseorangan telah memberi kerjasama sepenuhnya terutama dalam menyediakan fakta dan maklumat berhubung isu tersebut.

Ditanya jika ISN dipersalahkan, Dr Ramlan berkata: "Bukan fungsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk timbulkan kecuaian terhadap ISN. Tetapi itu satu perkara yang akan saya pertahankan.

"Namun saya yakin, BWF akan melihat secara keseluruhan fakta kes ini sebelum membuat keputusan," katanya sambil berharap keputusan terbaik dapat diperoleh demi masa depan Chong Wei dan sukan badminton negara.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan