Nicol Akhiri 2014 Dengan Gelaran Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menutup tirai penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa tahun ini dengan meraih gelaran juara untuk kali kelapan dan dinobatkan sebagai pemain wanita nombor satu dunia 2014.

Kemenangan beliau dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Mesir Sabtu lepas menjadi pelengkap kepada kemenangan yang diraihnya pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, selain dimahkotakan sebagai juara bagi enam kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan menerajui cabaran Malaysia untuk beraksi untuk julung kalinya di peringkat akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.

Mengenai kemenangan yang diraihnya pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Nicol berkata ia antara kejayaan yang tidak akan dilupainya kerana terpaksa mengejar mata dalam set keempat untuk mengalahkan lawannya.

"Ketika itu, keazaman yang ada dalam minda saya ialah untuk mendapatkan mata terakhir kerana saya tahu saya telah bekerja keras dan oleh itu perlu menang dan tidak mahu peluang yang ada terlepas dengan mudah.

"Kepercayaan yang diberi keluarga dan rakan sepasukan menjadi pendorong utama bagi saya untuk mengatasi semua halangan. Ia sesuatu yang amat berharga dan saya gembira kerana usaha gigih saya telah membuahkan hasil," kata Nicol yang kembali ke tanah air untuk menyambut Krismas bersama rakan dan keluarga di sini, Rabu.

Sabtu lepas, anak jati Pulau Pinang ini meraih gelaran juara kelapan apabila mengalahkan pemain utama tuan rumah dan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, dalam pertarungan mendebarkan sebanyak lima set selama sejam, enam minit di Wadi Delga Squasy Club, Mesir, yang berkesudahan dengan keputusan 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5.

Ditanya adakah lapan gelaran juara dunia yng diraihnya itu sudah cukup baginya, Nicol berkata ia belum cukup.

"Saya rasa selagi tubuh saya masih mampu serta sihat, dan keinginan untuk menang masih ada, saya tidak akan berhenti," katanya.

Nicol berkata pada 2015, beliau akan menyertai lebih 10 kejohanan, bermula dengan Kejohanan Juara-juara pada 16 Jan di New York.

"Selain kejohanan utama seperti Kejohanan Juara-juara, Terbuka Britain dan Terbuka Amerika, saya juga berazam mencatat prestasi cemerlang dalam kejohanan yang berlangsung di Malaysia," katanya.

Nicol berkata beliau akan berehat selama dua minggu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk menyambut Krismas dan Tahun Baharu 2015 bersama rakan dan keluarganya.

Tags / Kata Kunci: Skuasy , Nicol Ann David

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan