Skuasy Wanita Negara Lakar Sejarah Dengan Tempah Slot Final

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 6:03 PM

Nicol David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia membuka lembaran baharu dalam sukan skuasy apabila buat pertama dalam sejarah melangkah ke final Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia 2014 di Kanada, lewat Jumaat.

Skuad negara, diketuai oleh Datuk Nicol David, melakukan kejutan besar dengan menewaskan juara bertahan Mesir 2-0 dalam perlawanan separuh akhir penuh dramatik di Pusat Skuasy Mark Sachvie.

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, membuka gelanggang dengan aksi cemerlang apabila menundukkan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, 11-3, 8-11, 11-7 dan 11-9 dalam pertarungan selama 54 minit.

Pemain nombor dua negara, Low Wee Wern, mengesahkan slot Malaysia ke final buat pertama kali sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1979, apabila terpaksa berhempas pulas selama 86 minit untuk meraih mata berharga itu.

Wee Wern, yang juga pemain nombor tujuh dunia, menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pemain nombor empat dunia, Nour El-Sherbini, yang juga bekas juara remaja dunia tiga kali, 11-9, 8-11, 11-2, 7-11 dan 11-9.
 
Sementara itu, Nicol berkata beliau begitu gembira untuk mendapatkan mata pertama untuk Malaysia.
 
"Membawa kemenangan untuk Malaysia adalah satu perasaan hebat bagi saya," Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan, www.wwt2014squash.com.

Dalam pada itu, Wee Wern dipetik sebagai berkata: "Ia adalah sungguh hebat untuk melangkah ke final buat kali pertama. 
 
"Saya amat bangga dengan Nicol. Selama ini, beliau telah membawa kejayaan untuk kita semua dan pemain lain dalam pasukan mengecewakannya. Kini akhirnya kami melakukannya untuk dia."

Malaysia, selaku pasukan pilihan ketiga, akan menghadapi saingan hebat pada final apabila bertemu finalis 2012, England, yang juga pilihan kedua, lewat Sabtu.

England, yang kalah kepada Mesir pada final edisi 2012, mengatasi Hong Kong 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan ini ialah tempat ketiga pada empat edisi lepas iaitu pada 2006, 2008, 2010 dan 2012.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan