Piala Axiata: Malaysia Kutip Empat Mata, Tewaskan Pasukan Eropah 4-0

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 8:03 AM

Liew Daren menyumbangkan mata pertama Malaysia selepas menundukkan pemain Perancis, Brice Leverdez.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara berjaya mengutip empat mata penuh selepas menewaskan pasukan jemputan dari Eropah 4-0 pada aksi kelima pusingan awal Kejohanan Piala Axiata 2014 di Bratama Arena, Jakarta, Isnin.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat dengan kutipan keseluruhan 11 mata.
Indonesia masih mengungguli carta kedudukan dengan mengumpul 18 mata diikuti Thailand dengan 15 mata, manakala tempat ketiga milik pasukan Asia All Star yang mengutip 12 mata.

Pemain perseorangan lelaki, Liew Daren menyumbangkan mata pertama Malaysia selepas menundukkan pemain Perancis, Brice Leverdez 21-13, 14-21 dan 21-18.

Kejayaan itu membakar semangat pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yi untuk mencatatkan kemenangan pertama selepas tumpas dalam kesemua empat perlawanan sebelum ini.

Pemain muda negara itu menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mengalahkan pemain ranking ke-23 dunia, Kirsty Gilmour dari Scotland 21-11, 14-21 dan 21-18.

Beregu lelaki negara, Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong pula bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan beregu Rusia, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov 21-23, 21-8 dan 21-12 untuk mencatat kemenangan ketiga Malaysia.

Beregu campuran, Chan Peng Soon/Lai Pei Jing melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia apabila menumpaskan gandingan Scotland, Robert Blair/Imogen Bankier 21-16, 23-21.

Malaysia, sebelum ini menang ke atas pasukan Vietnam dan Asia All Star dalam dua aksi awal namun tewas kepada Indonesia dan Thailand pada perlawanan ketiga dan keempat.

Kesemua pasukan masih berbaki dua perlawanan pusingan awal untuk merebut empat slot ke separuh akhir yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Disember ini.

Malaysia akan berdepan Filipina manakala Indonesia bertemu pasukan jemputan dari Eropah pada perlawanan keenam, esok.

Kejohanan edisi kali ini masih mengekalkan format sama merangkumi lapan pasukan terdiri daripada enam negara dan dua pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah.

Selain Malaysia, kejohanan itu turut disertai pasukan dari Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura serta dua pasukan jemputan, Asia All Star dan European All Star.
Tags / Kata Kunci: Piala Axiata 2014 , Liew Daren , Tee Jing Yi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan