Dakwaan Terlibat Dadah, Chong Wei Hantar Notis Saman Kepada Razif, Akhbar B.Melayu

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 3:45 PM

Razif (kiri) dan Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan beliau akan menyaman Razif Sidek dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam penggunaan dadah.

"Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya," katanya kepada The Star Online, Selasa.

Chong Wei, 32, menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya, Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.

Razif, dalam laporan itu telah mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bulan lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan.

Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF.

Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun.
Tags / Kata Kunci: BAM , doping , Datuk Lee Chong Wei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan