Chong Wei Harap Kes Doping Buka Mata Atlet Lain

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mengakui beliau kini mendapat pengajaran berharga yang begitu menyakitkan berikutan skandal doping yang dihadapinya.

Jaguh dunia itu juga meletakkan harapan supaya pengalaman yang dilaluinya ketika ini memberi pengajaran kepada atlet lain.

Nasihat beliau sangat mudah - sentiasa berhati-hati dan tahu apa yang dimasukkan ke dalam badan anda.

Pada masa ini, jadual pemain badminton berusia 32 tahun itu hanya terhad kepada latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Baru-baru ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada semua kejohanan selepas kedua-dua sampel A dan B beliau didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone'.

Chong Wei yang gagal ujian dadah pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung dua tahun sehingga selesai pendengaran oleh BWF yang kemungkinan besar diadakan pada minggu pertama Disember ini.

Menurut Chong Wei, jika diberikan peluang untuk memutar kembali jam, beliau akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum kejohanan itu.

"Saya percaya kepada doktor sepenuhnya...saya hanya mendapatkan rawatan bagi kecederaan saya.

"Saya bukan pakar dalam hal perubatan. Saya hanya mengetahui bilangan bulu dalam bulu tangkis dan ukuran ketegangan yang diperlukan pada raket," kata Chong Wei selepas sesi perdebatan dengan pemain badminton negara pada Isnin.

"Sekarang , apabila melihat kembali ke belakang, saya pasti akan melakukan ujian perubatan sebelum pergi ke Copenhagen.

"Namun ia sudah terlewat, dan apa yang boleh saya lakukan adalah menunggu perbicaraan. Kes saya perlu membuka mata atlet lain.

"Saya pasti Institut Sukan Negara kini akan lebih berhati-hati mengenai apa yang diberi kepada atlet.

"Dan saya berharap semua atlet akan mengambil tahu jenis bantuan perubatan yang diberikan untuk pemulihan. Saya harap mereka akan belajar daripada kes saya," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pendakap gigi yang baharu dipakainya, Chong Wei berkata: "Saya baharu menggunakannya pada minggu lepas.

"Jika saya tidak dapat meneruskan kerjaya sebagai pemain badminton, sekurang-kurangnya saya akan kelihatan kacak supaya saya boleh menceburi bidang lakonan."

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Doping

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan