Federer Tarik Diri Daripada Saingan ATP Dunia Akhir - Raket | mStar

Federer Tarik Diri Daripada Saingan ATP Dunia Akhir

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 7:56 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Roger Federer terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir ATP Dunia kurang satu jam sebelum perlawanannya dengan Novak Djokovic. Keputusan tersebut membolehkan pemain Serbia itu mempertahankan gelaran ATP buat kali ketiga berturut-turut.

Juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu, yang berjaya empat mata pada perlawanan separuh akhir sekaligus membawa rakan sepasukannya Stan Wawrinka meraih kemenangan pada, Piala Davis berkata beliau mengalami masalah sakit tulang belakang yang menghalangnya daripada bermain. 

Federer memberitahu peminatnya: "Agak malang, saya tidak berapa sihat. Saya tidak mampu bersaing dengan Novak pada pentas akhir dalam keadaan seperti ini. Saya berharap anda semua faham." 

Pada Sabtu, pemain berusia 33 tahun itu dilihat berlatih selama tiga jam di gelanggang dalam persiapan sebelum perlawanan akhir. 

Federer, pernah mengalami masalah yang sama musim 2013. Dia dijadual berpasangan dengan Wawrinka dalam saingan akhir Piala Davis menentang Perancis pada minggu hadapan. 

Tags / Kata Kunci: ATP Dunia Akhir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan