Dua Pemain Negara Mara Ke Pusingan Kedua Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain negara, Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 yang diadakan di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar.

Pemain berpengalaman, Ong mencatat kemenangan mudah ke atas pemain dari pusingan kelayakan, Peter Creed dari Wales dengan 11-9, 11-4, 11-8 sekali gus memenangi perlawanan pembukaan, Sabtu.

Pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang yang masih memburu gelaran juara di peringkat antarabangsa musim ini, akan menentang sama ada pemain pilihan kelapan Daryl Selby dari England atau pemain dari Afrika Selatan Stephen pada pusingan kedua, Ahad.

"Latihan di gelanggang membantu saya hari ini. Saya gembira dengan cara saya bermain, terutamanya dalam set pertama dan ketiga apabila saya berjaya bermain skuasy dengan gaya tersendiri," kata Ong dipetik dari laman sesawang kejohanan www.worldsquashchamps.com.

Sementara itu, Mohd Nafiizwan menerima tentangan sengit dari pemain Mesir Mazen Hesham sebelum menang 13-11, 11-7, 9-11 dan 11-5, tetapi akan berdepan tugas berat menentang pilihan pertama, Gregory Gaultier dari Perancis pada pusingan kedua.

"Berdepan pemain seperti beliau (Hesham), anda tidak akan tahu bola akan ke mana, jadi anda perlu fokus dan berwaspada setiap masa, sesuatu yang saya tidak lakukan pada set ketiga...saya kalah 7-4," katanya.

"Jadi pada set keempat, saya bermain dengan penuh disiplin kerana setiap mata penting...saya pastikan beliau bekerja keras dan memberi tekanan kepada beliau," tambah Mohd Nafiizwan.

Gaultier yang juga pemain nombor dua dunia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain dari pusingan kelayakan Andrew Wagih dari Mesir dalam pertandingan lima set 6-11, 9-11, 11-6, 11-7 dan 11-3 dalam 57 minit.

Naib johan Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2014 Ivan Yuen bagaimanapun tewas 5-11, 12-14 dan 5-11 kepada bekas juara dua kali, Ramy Ashour dari Mesir dalam perlawanan pusingan pertama yang lain.

Seorang lagi pemain negara, Muhd Asyraf Azan akan bertemu pemain nombor satu dunia, Mohamed Elshorbagy dalam perlawanan pembukaan.

Kejohanan edisi ke-36 itu menawarkan hadiah wang tunai US$325,000 (RM1.087 juta). 

Tags / Kata Kunci: Skuasy , Doha , Qatar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan