Djokovic Akhiri Kempen 2014 Sebagai Pemain No.1 Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 7:22 AM

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic akan menamatkan kempen pada 2014 sebagai pemain No.1 dunia selepas menewaskan Tomas Berdych 6-2,6-2 pada kejohanan Tenis Jelajah ATP Finals di Arena O2 London, malam Jumaat.

Malah, pemain Serbia itu turut menempah tiket ke aksi separuh akhir.

Menerusi kemenangan itu, Djokovic kini mengungguli tangga teratas Kumpulan A dan sudah pasti akan bergelar pemain No.1 dunia buat kali ketiga pada musim ini.

"Diberi peluang untuk berdiri bersebelahan dengan trofi ini dan menjuarai pelbagai kejohanan sepanjang tempoh 12 bulan ini adalah satu perasaan yang mengagumkan.

"Kejohanan ini belum berakhir. Saya mungkin mempunyai tempoh beberapa jam untuk meraikannya dan kembali beraksi di separuh akhir," katanya.

Dalam perlawanan berasingan, Stanislas Wawrinka turut mengiringi Djokovic ke separuh akhir selepas menundukkan Marin Cilic, awal pagi Sabtu.

Wawrinka menang 6-3, 4-6, 6-3 untuk menempah tiket ke separuh akhir untuk tahun kedua.


Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic , Jelajah ATP Finals

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan