Skuasy: Dua Pemain Negara Layak Ke Undian Utama Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 8:18 PM

Muhd Asyraf Azan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain negara, Muhd Asyraf Azan dan Ivan Yuen layak ke undian utama Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 selepas berjaya melepasi pusingan kelayakan di Doha, Qatar.

Pada pusingan kelayakan lewat Khamis, Muhd Asyraf bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengalahkan pemain Pakistan, Muhammad Yousaf dengan 9-11, 11-5, 11-9 dan 11-7.

Menurut laman sesawang kejohanan, www.squashsite.co.uk, pemain kelahiran Selangor berusia 26 tahun itu, bagaimanapun, akan berdepan laluan getir apabila bertemu pemain nombor satu dunia, Mohamed Elshorbagy dari Mesir pada pusingan pembukaan lewat Jumaat.

Yuen pula melangkah ke pusingan pertama selepas menewaskan pemain Austria, Aqeel Rahman 10-12, 11-8, 11-7 dan 11-8 untuk bertemu dengan bekas juara dunia sebanyak dua kali, Ramy Ashour dari Mesir.

Sementara itu, dua pemain utama negara, Ong Beng Hee dan Mohd Hafiizwan Adnan dijangka melepasi pusingan pembukaan selepas menerima undian mudah.

Beng Hee akan memulakan cabaran dengan menentang pemain daripada pusingan kelayakan, Peter Creed dari Wales manakala Mohd Nafiizwan bertemu pemain Mesir, Mazen Hesham.

Kejohanan edisi ke-36 itu menawarkan hadiah wang tunai US$325,000 (RM1,089 juta).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan