Djokovic Belasah Cilic, Wawrinka Ungguli Pusingan Pertama Jelajah ATP Finals

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 7:17 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic hanya mengambil masa selama 56 minit untuk menewaskan pendatang baru, Marin Cilic 6-1,6-1 pada kempen pembukaan kejohanan Jelajah ATP Finals di London O2 Arena, awal pagi Selasa.

Djokovic mampu mempertahankan rankingnya pada hujung tahun ini sekiranya dia memenangi dua perlawanan Kumpulan A berikutnya.

Pemain Serbia itu melebarkan rekod kemenangan di gelanggang tertutup kepada 28 perlawanan setakat ini.

Djokovic meraih kemenangan ke-11 sepanjang pertemuan dengan Cilic sekali gus memberi amaran kepada pendatang baharu bahawa dirinya sukar digugat.

"Ia perlawanan yang menarik. Saya tidak beraksi di sini selama 12 bulan. Saya gembira untuk kembali.

"Marin sebagai juara Terbuka Amerika Syarikat mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi saya dapat mematahkan pukulan servisnya," kata Djokovic.

Terdahulu, pemain Switzerland, Stan Wawrinka memulakan kempen dengan bergaya selepas membelasah Tomas Berdych 6-1, 6-1, malam Isnin.

Stan Wawrinka.

Wawrinka, juara bertahan Terbuka Australia yang berada pada prestasi hambar sebelum hadir pada kejohanan berprestij ini tampil memberi persembahan bertenaga.

Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa hanya 58 minit untuk menyudahkan halangan pertama dalam saingan Kumpulan A.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan