Rashid Sedia Beri Keterangan Kepada Panel BWF

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 6:13 PM

Rashid sentiasa memberi kata-kata semangat kepada Chong Wei semasa menyertai kejohanan badminton peringkat antarabangsa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek sedia memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping membabitkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.


Beliau yang masih terkejut dengan berita berkenaan, yakin Chong Wei tidak bersalah kerana pemain nombor satu dunia itu sentiasa berpegang kepada prinsip 'tiada jalan pintas' untuk meraih kejayaan dalam sekelip mata.

"Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara jujur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia telah dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.

"Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakternya yang jujur," kata Rashid ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, Isnin.

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan era 90-an itu turut menegaskan, ketiadaan Chong Wei pada sesi latihan skuad negara ketika ini tidak memberi kesan kepada pemain sedia ada terutama barisan skuad pelapis.

"Kita akan teruskan usaha mencari pelapis yang berpotensi bagi menggantikan tempat beliau. Ada beberapa pemain pelapis yang dilihat menonjol dan mempunyai masa depan cerah.

"Namun, bukan sekelip mata untuk berjaya kerana untuk menjadi seorang pemain hebat, memerlukan jangka masa agak lama. Yang penting sekarang, kita tingkatkan mutu permainan mereka (pemain pelapis) terlebih dahulu," kata Rashid.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Norza Zakaria pada Sabtu lepas, mengesahkan Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'Dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Oslo Norway, 5 November lepas.

'Dexamethasone' adalah sejenis ubat steroid dengan kesan antiradang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dan pemulihan termasuk reumatologi.

Chong Wei dilaporkan terbabit dalam skandal doping selepas bahan terlarang itu ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (Wada), namun akan diberi peluang membela diri apabila jawatankuasa berkenaan bersidang dalam tempoh terdekat bagi menentukan bentuk hukuman terhadapnya.


Tags / Kata Kunci: Rashid Sidek , Datuk Lee Chong Wei , BWF

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan